Salam,
Mak saya telah menjalankan perniagaan kedai makan selama lebih kurang 25 tahun lamanya. Walaupun mula-mula berniaga secara kecil-kecilan menjual nasi lemak sekitar flet, namum rezeki yang semakin bertambah selepas dikurniakan kedai di Hentian Puduraya. Saya sendiri telah menjaga kedai tersebut semasa berumur 19 tahun selepas sekolah hinggalah berkerja. Saya terfikir mak mempunyai 'air tangan' yang mujarab dan masakan beliau mendapat pujian. Masih segar dalam ingatan saya, mak pernah memasak bagi Ketua Menteri Sarawak semasa saya berumur 12 tahun. Masakan ala kampung mak menjadi kegemaran Dato sekeluarga apabila Dato' menjalankan tugas di Kuala Lumpur.
Setelah dewasa ini saya berasa perlu satu pembaharuan bagi mengembangkan lagi perniagaan keluarga dan khidmat katering dirasakan satu bidang yang amat berpotensi. Oleh itu, bersama keluarga yang lain, kami menubuhkan Zarina & Balqis Katering. Nama katering ini adalah nama kakak dan adik saya. Tujuan utama penubuhan syarikat katering ini adalah ingin memberikan khidmat yang berkualiti, harga berpatutan dan masakan yang sedap untuk dinikmati oleh pelanggan-pelanggan kami. Saya juga telah memasukkan pakej percuma kek pengantin bagi kesemua pakej yang terdapat dalam khidmat katering kami.
Kami juga menjalankan khidmat Still Photographer. Khidmat ini adalah dari sahabat kami supaya beliau juga dapat menambah rezeki mereka sekeluarga. Khidmat lain yang diberikan ialah Video Shooting, DJ/Emcee dan sewaan Audio-Visual.
Perancangan masa depan dengan menambah khidmat sewaan khemah dan kerusi meja.
Makanan contoh ada disediakan dan bayaran ansuran juga boleh diterima bagi meringankan beban pasangan yang menempuh alam perkahwinan. Untuk senarai menu dan harga, saudara/i boleh mendapatkannya melalui email kami di zbkatering@gmail.com
Jika ingin bercakap secara talian, boleh berbuat demikian dengan menghubungi kami ;
013 9147439/013 3976635/012 3162970/017 2895696